Your search results

Kontrak Bina Rumah

[ultimate_heading main_heading=”Flow Kontrak Bina” alignment=”left”]

Perkhidmatan membina rumah adalah merupakan proses pembinaan rumah diatas tanah pelanggan sendiri dimana tapak rumah (tanah) akan disediakan oleh pelanggan manakala proses pembangunan rumah bermula dari penyediaan pelan lulus, permohonan pinjaman dan sijil layak menduduki, SKD akan dilakukan oleh pihak kami.

Berikut adalah carta alir untuk proses kontrak bina rumah tersebut:

[/ultimate_heading]

1. DERAF PELAN

  1. Pemilihan Rekabentuk
  2. Pelan lantai
  3. Keluasan Rumah

2. SEBUTHARGA

  1. Anggaran kos secara keseluruhan

3. LAWATAN TAPAK

Pihak kami akan melawat tapak lokasi untuk penilaian secara lebih terperinci.

4. PELAN MUKTAMAD

  1. Tempahan – Setelah setuju dengan deraf rekabentuk dan sebutharga.
  2. Salinan blueprint – Pelan akan ditandatangan oleh pelanggan dan arkitek.
  3. Permohonan Pelan Lulus kepada Majlis Daerah/Perbandaran

5. PERMOHONAN PINJAMAN PEMBIAYAAN

Proses pinjaman akan diuruskan oleh pihak kami:

  1. Skim Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan
  2. Pembiayaan Bank

6. DOKUMEN GUAMAN

  1. Cagaran Hakmilik kepada pihak pembiaya (Borang 16A)
  2. Tuntutan bayaran kerja berperingkat daripada pembiaya

7. PEMBINAAN

  1. Pembinaan rumah adalah mengikut spesifikasi yang dipersetujui, kaedah dan barang-barang adalah mengikut piawaian dan standard CIDB

8. PENYERAHAN

  1. Penyerahan Kunci – Penyerahan pemilikan kosong.

Tempoh untuk proses di atas adalah tidak melebihi 6 bulan dari tarikh kelulusan pinjaman sekiranya tiada apa-apa halangan dan masalah seperti cuaca, perubahan spesifikasi.