Your search results

PROGRAM USAHASAMA

Projek usahasama antara syarikat KPF RESOURCES SDN  BHD (KPF) dan tuan tanah yang ingin menjual tanah mengikut pilihan program usahasama yang ditawarkan. Pihak KPF akan mencari pembeli yang ingin membuat rumah di atas tanah tersebut.

Syarat-Syarat Program

  • Penilaian Harga Tanah (mengikut kadar harga penilaian dan pasaran semasa) – Harga
  • Tuan tanah bersetuju dengan Harga Program dan akan menerima bayaran mengikut Jadual Bayaran seperti dalam Jadual dibawah . (Sila Buat Pilihan Keuntungan Program Mengikut Jadual Pilihan dibawah).
  • Tuan tanah bersetuju untuk mewakilkan kepada syarikat KPF Resources Sdn Bhd (KPFRSB) untuk menjual tanah bagi pihak tuan tanah secara Program Usahasama ini.
  • Pihak syarikat KPFRSB akan mencari pembeli yang ingin membuat rumah diatas tanah tersebut, membuat pelan rumah dan menguruskan urusan pinjaman pembeli. Tuan tanah akan mendapat bahagian jualan tanah seperti dalam jadual pilihan dibawah.
  • Membenarkan kakitangan/ejen syarikat KPFRSB untuk membawa bakal pelanggan melawat tapak (tanah tersebut).
  • Pada masa yang sama, Tuan tanah masih berhak menjual atau melantik mana-mana wakil jualan untuk menjual tanah tersebut sehingga KPFRSB berjaya memperolehi pembeli.
  • Sekiranya tuan tanah bersetuju dan membenarkan pihak syarikat membersih kawasan dan membuat jalan masuk, maka Tuan tanah tidak boleh lagi menjual atau melantik wakil jualan yang lain dalam tempoh 6 bulan dari tarikh borang ini dikeluarkan.
  • Sekiranya tuan tanah ingin menjual juga kepada orang lain maka kos membersih dan membuat jalan itu hendaklah dibayar kepada syarikat KPFRSB.
  • Sekiranya pihak syarikat KPFRSB telah berjaya mendapatkan pembeli, maka tuan tanah tidak boleh menjualnya kepada orang lain.
  • Selepas KPFRSB berjaya mendapatkan pembeli, pihak tuan tanah mestilah bersetuju untuk menandatangani borang permohonan kelulusan pelan rumah, menandatangani Perjanjian Jual Beli dan perjanjian JV sekiranya membuat pilihan 1 atau 2.
  • Tuan tanah hendaklah menyerahkan geran asal kepada peguam semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P).

CONTOH PENJADUALAN PILIHAN PROGRAM

CONTOH BAGI KELUASAN TANAH = 5500 KPS

KADAR HARGA = RM20

* Keluasan tanah adalah mengikut keluasan yang dinyatakan pada geran.

** Bergantung kepada harga penilaian dan harga pasaran semasa dan persetujuan tuan tanah dan KPF.

Borang Usahasama
Maklumat Diri
Maklumat Tanah
Maklumat Diri

    Find us on Facebook